BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 6 October 2012

tOlOnG JaGe pEraSaaN InI

ASSALAMMUALAIKUM
Tolong beri sedikit ruang percakapan mu itu untuk menjaga perasaan ini.
Aku tidak meminta lebih dari kamu, hanya meminta sedikit sahaja untuk menjaga perasaan ini.
Yup, selama ini aku berdiam tanpa kata dengan apa yang dikatakan oleh mu…
Aku berdiam kerana kekadang aku tersentap dengan kata-kata mu itu..
Kata-kata yang kau lemparkan itu memang menusuk dalam hati ini..
Tolong, tolong, tolong dan tolong….
Jagalah pertuturan mu itu agar tidak mengguris perasaan ini..
Jagalah perasaan ku ini supaya tidak timbul kebencian terhadap dirimu itu..
Sekian.



Sunday 30 September 2012

PeNgOrBaNaN sEoRaNg IbU

Assalammualaikum
“pengorbanan seorang ibu”
Ini lah tajuk enti aku kali ini
Ibu, mak, mama, mum, mummy !
Itulah panggilan utama di kalagan kita semua
Sejak kecil lagi bagi seseorang anak akan mencari ibunya dahulu berbanding ayah.
Bukan aku kata yang ayah tu tidak penting, tapi memang lumrah seorang anak akan mencari ibu terlebih dahulu.
Ya Allah ! hebatnya kuasa seorang ibu ini !
Sejak kecil lagi kita diberi kasih sayang, diberi perhatian, diberi pelajaran secara tidak formal dan sebagainya.
Hebatnya kuasa yang dimiliki oleh seorang ibu ini.
Sejak kecil juga selepas ayah aku meninggal, yang membesarkan kami adik-beradik adalah mak.
Tanpa rasa jemu,
 Tanpa rasa terpaksa,
 Tanpa rasa kesakitan,
 mak lah yang membesarkan kami adik-beradik.
Aku bersyukur kerana mak  kuat dan tabah hati membesarkan kami keseorangan tanpa arwah apak.
Mak,
Terima kasih kerana membesarkan kami semua.
Terima kasih kerana mendidik kami semua.
Terima kasih kerana menyekolahkan kami semua.
Terima kasih kerana tiada rasa jemu dengan kami semua.
Tiada nilai rasanya tanda “terima kasih” kami ini kepada mak.
Segala pengorbanan yang mak lakukan ini memang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Ya Allah ! aku bersyukur kepada Mu kerana menganugerahkan seorang ibu yang sangat tabah ini.
Aku berdoa agar kau tempatkan lah ibu ku ini kedalam Syurga Mu yang sangat indah dan kau ketemukanlah ibuku bersama arwah ayah di Syurga Mu kelak. (Amin !)
InsyaAllah jika diberi kesempatan, aku akan membalas jasa ibuku ini walaupun jasanya terhadap anak-anak memang tiada terbatas.
Hanya mak yang aku ada untuk aku berkongsi segala duka dan gembira aku.
Doaku tidak pernah terputus untuk kesejahteraan mak.
“SESUNGGUHNYA PENGORBANAN SEORANG IBU MEMANG TIADA NILAINYA”
Sekian.

Sesungguhnya aku teramat merindui MAK T_T

Saturday 8 September 2012

~ kisah encik hati ~

ASSALAMMUALAIKUM..

Tergeraknya tangan ini untuk memenuhi permintaan hati...
Kadang-kadang diri ini terasa kosong dan sunyi..
Entahlah kenapa dengan perasaan ku ini..
Hampir setiap hari aku menyepikan si hati..
Untuk kelihatan gembira dan berseri..
Tapi hakikatnya hanya aku yang rasai..

Wahai encik hati,,,,
Bersabarlah dengan apa yang terjadi...
Ini adalah ujian dari Illahi...
Terimalah dengan senang hati...
Pasti ada hikmah yang diberi...

Kalau lah orang mengerti apa yang aku rasai..
Pasti mereka pon turut bersimpati...
Tapi aku tidak mahu berkongsi kisah encik hati ini...
Biarlah ianya tersemat abadi dalam diri...
Aku hanya mampu bersyukur kerana diberi hati untuk peneman diri...

Jika selama ini aku hanya bermimpi ngeri..
Aku berharap agar dapat mimpi yang indah sekali...
Arggghh !!! aku tension dengan semua ini..
Ya Allah !! tolonglah hamba mu ini..
Yupaya tidak mengalah diri...
Aku mahu berdiri..
Berdiri diatas kaki sendiri...
Berilah kekuatan agar aku kuat membawa diri...

SEKIAN








Wednesday 29 August 2012

~ BerHaRaP SeTiaP HaRi aDalAh mImPi bAgI aKu ~

Assalammualaikum
setelah sekian lame aku menyepi sehingga berhabuk segala-galanya
hari ini aku berkesempatan untuk "menggilap" balik agar ianya terus menjadi bersih
banyak perkara yang ingin aku luahkan agar apa yang terbuku dalam hati ini dapat dimansuhkan

aku berharap agar hari-hari yang aku tempuhi ini adalah suatu mimpi
biarlah mimpi ini aku jadikan sebagai pengajaran dalam hidup,
biarlah mimpi ini aku jadikan sebagai suatu kenangan pahit bagi aku,
biarlah mimpi ini aku jadikan sebagai mimpi ngeri dalam hidup aku,

aku berharap, jika hari-hari yang aku tempuhi ini adalah satu mimpi,
aku ingin bangun dari tidur aku sebagai kanak-kanak yang tidak perlu menghiraukan apa-apa

Ya Allah !!
hanya nama Mu aku berseru tanpa rasa jemu,
hanya nama Mu juga yang dapat membantuku meneruskan perjuagan dalam hidup,
aku bermohon kepada Mu Ya Allah, agar berkatilah hidup hambaMu ini,
sesungguhnya aku tahu semua ini adalah takdir yang telah tertulis untuk ku,
takdir yang tidak dapat aku menolaknya seperti aku menolak pintu.

sekian.....
 

~ aku berharap aku bermimpi seperti kanak-kanak ini T_T 




~ mimpi ngeri yang sentiasa menghantui tidur lena ku

Monday 11 June 2012

~ DeBaRaN MaSiH HaNgAt tErAsE ~

ASSALAMMUALAIKUM
Alhamdulillah
kepada yang maha ESA hanya mampu HB berucap SYUKUR yang teramat...
tetapi,, HB tidak mampu untuk menarik nafas kelegaan lagi sebab terdapat satu lagi keputusan yang belum di ketahui...
arrrgghhh !! terasa ingin menjerit sekuat hati untuk menghilangkan "perasaan" yang menghantui diri HB nie..
tapi, atas nasihat dari MAK dan rakan-rakan HB yang lain itu lah yang mampu membuatkan HB bertahan sekarang ini.. tankz mum and frends :)

NEXT

dear frend, jangan la rasa diri itu keseorangan, kiteorang sentiasa berada disisi dan menyokong kamu,, please,, jangan buat keputusan terburu-buru? kiteorang sangat sayang kat kamu, kiteorang xnak kamu rasa DOWN gila dengan ape yang terjadi hari ini, kiteorang faham sangat apa yang kamu rasa sekarang nie, tapi kamu kena ingat yang kamu still ada kawan yang sentiasa disisi kamu,, SERIOUSLY kiteorang memag sayangkan kamu wahai sahabat T_T....
apa-apa pon, HB xnak memaksa kamu,, cuma HB nak kamu fikirkan apa yang terbaik untuk kamu ok,, kalau jalan itu yang kamu pilih, kiteorang hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kamu dan sentiasa berdoa akan ape yang kamu lakukan itu adalah terbaik untuk diri kamu ok.. PERSAHABATAN kita ni akan tetap sehingga keakhir hayat ok? kami sentiasa berada di sisi kamu di saat kamu perlukan pertolongan dari kiteorang :)
akhir kata, WE LOVE YOU SO MUCH !!


( RINDUKAN SUASANA INI T_T )



sekian

Thursday 7 June 2012

~sElAmAT PeNgaNtIn bArU ~

ASSALAMMUALAIKUM

okeh,, sempena malam nie HB xda kerja dan x boleh nak tido cepat, HB nak berkongsi sedikit saat-saat manis PENGANTIN BARU yang telah pun selamat di jalankan beberapa minggu yang lepas..
sejak HB balik cuti semester nie, HB mendapat kad  jemputan perkahwinan dari rakan, cikgu dan sedara HB sendiri.. selain tu jugak, HB turut pergi jemputan perkahwinan jiran belakang rumah merangkap FAMILY angkat HB la.. hehehe.. (perasan kot HB nie) :p

okeh ! okeh !
dengan adanya jemputan nie, maka kenaikan badan HB pun mula la "menjemput" HB ke arah kegemukan.. hahaha,, 
HB kalo orang kawen, memg x ingat la kan,, kerjanya asyik melantak nasi minyak jep..  
arrgghh !! 
da malas nak pikir pasal gemok nie,, janji HB sihat,, betol x?? ^_^ hehehehe..

anyway, di kesempatan ini, HB ingin mengucapkan 

"SELAMAT PENGANTIN BARU"

kepada 

* cikgu Alwi dan cikgu Fidah *
* Syafie dan Rhuhaidah *
* Achik dan Ayu *

~semoga dicucuri rahmat oleh-Nya
~semoga hubungan kalian berkekalan sehingga keakhir hayat
~semoga hubungan kalian sentiasa bahagia
~semoga mendapat anak cepat :)

#hope korang doakan HB kahwin cepat ok#
( errkk !! lari topik da nie )


( CIKGU ALWI & CIKGU FIDAH )




( BUJANG & DARA )

                                  


                                                                    ( ACHIK & AYU)






( SYAFIE & RHUHAIDAH )



( AMBIL BERKAT BERSAMA PENGANTIN)


SEKIAN

Wednesday 6 June 2012

~ InStAgRaM vs StReAmZoO ~

ASSALAMMUALAIKUM
hari ini HB nak berkongsi sedikit cerita mengenai dua buah "application" yang boleh dikatakan top la buat masa sekarang..
actually kedua "application" nie adalah digunakan bagi pengguna "ANDROID" dan "I-PHONE" sahaja.. maybe la.. (i'm not sure about that) :p
yang penting HB skarang pengguna "ANDROID"... hehehe..
fuh! dunia kini memang pesat dengan kecanggihan dan kemajuan teknologi baru.
bak kata pepatah, kecangihan dunia teknologi ini seperti 
"cendawan tumbuh selepas hujan"
yup !! memg tidak di nafikan lagi kecanggihan teknologi sekarang semakin berkembang pesat dan orang ramai berlumba-lumba mengejar kecanggihan teknologi ini.

okeh! HB dah mula melalut dan terkeluar dari topik sebenar.. hehehe...
actually HB nak cerita mengenai kedua "application" nie.. 

1) INSTAGRAM
2)STREAMZOO

binatang ape nie?hahaha.. okeh ! nie la kedua binatang yang HB amat suka iaitu kita boleh mengUPLOAD gambar-gambar kat dalam "application" nie..
yang membuatkan HB suka sangat adalah,secara tidak langsung, gambar yang kita masukkan ini boleh kita edit sikit bagi nampak cantik dengan adanya tambahan frame-frame yang disediakan..
HB juga suka berkongsi gambar di kedua "application" ini sebab HB tahu setiap gambar yang HB post, mempunyai ceritanya yang tersendiri dan HB tahu setiap photographer juga turut berkongsi cerita gambarnya di salah satu "application" tersebut.. walaupun HB bukan seorang photographer, HB tersangat memahami jiwa dan perasaan mereka terhadap gambar-gambar...
ramai juga kenalan HB di STREAMZOO adalah photographer dan mereka suka berkongsi ganbar dengan HB... gambar-gambar yang mereka post itu sangat cantik dan mempunyai pelbagai keunikannya tersendiri..
seriously, HB sangat suka dengan "application" nie...
selain kita berkongsi gambar, kita juga boleh mendapat kenalan baru daripada pelbagai negara..
Alhamdulillah, kenalan HB di laman STREAMZOO nie memg kesemuanya HAPPENING dan SPORTING orangnya...

kepada korang yang ANDROID or I-PHONE user to boleh la mencuba "application" yang HB cerita nie.. memang fun giler weh !! if korang SIGN-UP "application" nie, korang jangan lupe follow HB ok..this is my user name for the both application

1)INSTAGRAM-remyhacks
2)STREAMZOO-remyhacks

selamat mencuba ok kawan-kawan ^_^


SEKIAN

Tuesday 5 June 2012

~DeBaRaN mEnaNtIkAn KePuTuSaN pEpErIKsAaN~

ASSALAMMUALAIKUM
debaran menantikan keputusan peperiksaan keluar!!

erkk!! memang menjadi lumrah kehidupan seorang pelajar apabila tibanya saat-saat dimana peperiksaan akan berlangsung dan diikuti keputusan yang akan dikeluarkan...
begitulah rasanya dihati HB yang sekarang ni rasa macam nak gila!!
arrgghh!! aku benci dengan perasaan sekarang ni..
entah apalah agaknya keputusan yang akan keluar nanti..
lulus atau tidak, HB hanya berserah pada-Nya...
HB pun dah buat sebaik yang mungkin dan HB berharap keputusan kali ini tidak mengecewakan diri dan juga keluarga terutama MAK..

secara jujurnya, untuk keputusan kali ini, HB  tidak mengharapkan untuk mendapat "dekan" sebab HB tau subjek-subjek yang HB ambil nie memang agak KILLER sikit !
tetapi HB tidak berputus asa untuk berlajar dan terus belajar... HB hanya mengharapkan pointer kali ini tidak menurun dari pointer sebelum ni..

HB juga turut mendoakan supaya kawan-kawan kolej HB dapat keputusan yang membanggakan mereka serta keluarga...

" DOAKU SENTIASA DIRINGIN NAMA MU KAWANKU"

sekian


Wednesday 23 May 2012

~ WaHaI SaHaBaT ~

ASSALAMMUALAIKUM

wahai sahabat,
#setiap hari aku memikirkan akan kekurangan diri ini,
#setiap hari aku mencari kesalahan diri ini,
#setiap hari aku merenung nasib ini,
#setiap hari adalah hari-hari untuk melupa semua ini,

TETAPI !
apakan daya, semangat persahabatan yang kuat dalam diri ini tidak mampu untuk menghapuskan kau dalam hidup ini..
ya !! aku memg tidak mampu untuk menghapuskan kau..
tapi kenapa??
kerana sifat persahabatan ini memg di anugerahkan ALLAH untuk aku bersahabat dengan manusia-manusia lain.. sebab itu la aku x mampu untuk menghapuskan kau dari hidup aku ini sebab kau salah seorang dari sahabat yang aku kenal !

~kenapa kau tidak merasakan ape yang aku rasa?
~kenapa kau menyiksa aku?
~kenapa kau meludah dekat aku?
~kenapa kau sakit sgt hati kat aku?
~kenapa kau berdiam seribu bahasa dengan aku?

hina sgt ke aku ni di mata kau wahai sahabat?
jijik sgt ke aku ni di mata kau wahai sahabat?

aku da penat dengan permainan kau nie, aku x sanggup kehilagan sahabat-sahabat aku lagi..
cukup la seorang sahabat aku telah melupakan dirinya itu..
aku tak mahu memutuskan ikatan silaturahim yang telah di kurniakan ALLAH untuk kita semua..
aku inginkan persahabatan kita terjalin macam sedia kala...
hanya DOA yang mampu aku hulurkan agar terbuka hati kau untuk bersahabat dengan aku seperti sedia kala..

sekian..
AKU RINDUKAN PERSAHABATAN INI

Tuesday 22 May 2012

~ HaPpY BiRtHdAy mY DeAr FrIenD~

ASSALAMMUALAIKUM

tepat jam 12.00 a.m, 23/5/2012 merupakan hari kelahiran SOMEONE yang ke 21
erkk,, da tua jugak kamo kan?hahaha..
sorry kalau HB xdpt celebrate bezday kamo nie..
hanya ucapan beserta doa yang HB mampu berikan kepada kamo...

fuhhh!!
 semperna ulang tahun kelahiran kamo nie
HB dengan berbesar hati ingin mengucapkan 







~semoga kamo dimurahkan rezki
~semoga kamo dipanjangkan umur
~semoga kamo berada dalam keadaan sihat-sihat sejahtera
~semoga kamo berbahagia di samping keluarga dan org tersayang
~semoga kamo berjaya dalam hidup dengan ape jua bidang yang kamo ceburi
~semoga kamo lulus dalam setiap exam yang kamo hadapi kelak

di kesempatan ini juga, HB ingin meminta maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita selama ini membuatkan kamo berasa bosan, tension, meluat, menyampah dan sewaktu dengannya la.. hihihi.. :)

sekian saja dari H@cKs_BlaCks


~mAaF kAn aKu wAhAi sAhAbAt~ T_T

ASSALAMMUALAIKUM
agak kesunyian entry nie tanpa tuannya kan? ermm,, kesunyian entry ni I'Allah akan di serikan dengan cerita2 hot sepanjang keberadaan HB di johor nie,, hehehe,,
hmmm
arini HB nak cerita pasal "KERINDUAN" 
(amboi, bukan main lagi kan?) 
eh,, biar la,, this is my blog ok,, lantak la nak cerita ape kan?? hahaha.. agak poyo di situ..
fuhh! actually kerinduan yang HB nak cerita nie bukan mengenai kekasih hati,, tetapi kerinduan terhadap
sahabat HB yang semakin renggang nie..
entahlah,, HB x boleh la nak cerita2 pasl nie,, mengalir air mata,,
( okeh! nak tacing2 plk HB nie kan) hahaha..
kerengganggan persahabatan nie bermula dari HB sendiri juga.. tp HB xmau cerita kenapa HB yang mulakan dulu kerengganggan nie.. biarlah HB dan beberapa rakan yang lain tahu ape yang HB hadapi selama nie..
yang penting sekarang nie,, HB da pun mula menegur balik sahabat HB tu,, 
tetapi, reaksinya macm nak x nak layan je..
dengan reaksi die mcm tu, HB rase mcm HB buat kesalahan besar sgt kat die..
xpe, HB x kisah pon kalo die still xnak bertegur dengan HB lagi and HB tau yang die memg MELUAT dengan perangai and karenah HB nie...
jika jalan itu yang die pilih, HB da x boleh nak buat ape2 and xnak menagih simpati untuk die memaafkan diri HB nie.. hanya HB mampu berterima kasih kat die coz selama nie die sudi menjadi sahabat HB T_T

sekian



P/S::: aku tersangat2 RINDU persahabatan kita nie !! aku x nak kita x bertegur sapa lagi.. please forgive me

Friday 13 April 2012

~FiNAl eXaM sEmAkIn hAmPiR~

ASSALAMMUALAIKUM..
ermm,, da lame rasenye HB meninggalkan dunia blog nie.. HB  bukan ape, tapi keadaan tidak mengizinkan untuk HB melalut dlm blog nie,, (alasan je kot :p)
HELLO!! bukan alasan okey, that is fact! (marah nie) kuikuikui...
ermm,, oleh kerana adanya kesempatan untuk HB mengupdate blog nie, HB nak bercerita la sikit pasl keadaan HB yang berada di KOLEJ nie.. 
hmmm.. 

Pejam celik, pejam celik, da nak final pon untuk semester nie.. perasaan HB memg tersangat2 cuak ok,,
sejak start untuk semester nie sampai skarang, HB x yakin pada diri sendiri untuk menempuhi subjek2 yang HB  ambil untuk sem nie,, memag agak straggle giler subjek2 nie.. fuh!!
kadang-kadang HB rase nak giveup pon ada.. tp bila di fikir-fikir balik,, kemana arah tujuan HB jika HB giveup skarang,, betol x?? 

Hampir setiap hari HB memikirkan masalah seperti ini,, tidur HB pon kadang-kadang tidak selena kawan2 yang lain... setiap hari ada je fikiran-fikiran yang -ve menghampiri diri ini..sbb tu la HB merasakan sikap untuk GIVEUP menghampiri diri ini....
dengan adanya nasihat dari my mum, my BFF, and my hot sister nie, HB terus bangkit semula, dan melawan perasaan-perasaan -ve yang sentiasa menghantui diri ini...

My MUM, my BFF, my HOT SISTER slalu bagi nasihat yang membangun untuk HB..
dengan nasihat2 mereka semua nie, HB sudah mula untuk bangkit daripada "menyerah kalah"
setiap hari dan setiap waktu solat, HB berdoa dan meminta pertolongan pada yang MAHA ESA supaya permudahkan perjalanan HB untuk HB berjaya dalam hidup kelak..
HB pon x nak mengecewakan perasaan my MUM yang ingin melihat anak kesayangan die nie berjaya dalam hidup..
(ISYAALLAH mak, orang akan buat sebaik yang mungkin,, mak tolong doakan kejayaan orang jugak ok?)

fuh!! menitis plak air mata nie (T_T)

P/S: BERUSAHA ADALAH KUNCI KEJAYAAN SESEORANG!

BYE ^_^

Monday 23 January 2012

HaPPy bIrThdAy mY bFf " RITA" and my beloved sis "CIK PUPU a.k.a NOMA"

ASSALAMMUALIKUM....
hye korang,,, hari ni HB nak wish birthday my bff yg duduk at selangor iaitu RITA SUHAILA...
RITA nie di lahirkan pada 24 januari 1991... so umor die skarang da mencapai 21tahun la kan,, hehehe,, die tua sikit dari HB and WIEWIE....

huhu,, ok2,, RITA nie memg seorang yg sgt2 happening gile,, HB and WIEWIE memg selesa berkawan dengan RITA nie,, HB jugak suke tgk die ketawa,, bila die ketawa, HB pon akan terketawa skali,, lucu sgt ketawa die ok,,, btol x WIEWIE?? :p

tapi, hari nie kiteorg x dapt nk buat ape2 suprise kat RITA coz kiteorg tengah cuti raye cina,, kalo x, memg habis budak nie di keja kan dengan HB and WIEWIE,,hehehe,, x pe ok RITA,, kirenye HB and WIEWIE berhutang dengan kamo ok,, naik kolej nnti, siap ko!! hahaha,, (niat jahat nie) :P

ok, di kesempatan ini, HB nak mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN kepada kamo yg semakin meningkat dewasa ini,, HB berdoa semoga kamo di murahkan rezki and di panjangkan umo ok,, HB juga berharap agar kamo sentiasa bergembira bersame org2 yg tersayang terutama kamo punya fmly and kamo punya buah hati,, hehehe,,(suke letew) :P... HB juga mendoakan semoga kamo akan berjaya dalam hidup ok,, if da berjaya, jgn lupe HB and WIEWIE ok,, :)
  HB sangat senang kawan dengan kamo and kamo semua tetp menjadi BFF HB sampai keakhir hayat ok,, I'ALLAH :)


(ni la RITA) 
^_^


next it abot my beloved sister,,, ok HB memg x sangka yg bufday die same dengan my BFF,, OMG,, terkezut HB  tgk kat FB birthday info ade nama my sister,, heheh,, actually HB x ingat pon Bufday my sis nie,, tu yg rase terkezut tu,, :P

anyway,, di kesempatan ini juga HB nak mengucapkan SELAMAT HARI TUA to my sister yg semakin vouge gitu,, hehehe,,, HB mendoakan semoga kamo diberikan kesihatan yg baik, dipanjangkan umo, di murahkan rezki and berbahgia di samping org tersayg terutama fmly sis ok ^_^

my sister nie juga seorng yg happening and suke bergelak beso,, skali kalo die da gelak, memg xboleh nak tutup la mulot die tu,, hahhaa,,, die pnye gelak pon sgt lucu ok,, sopan je gelak die tu,, ooppss!! SOPAN KE?? hehehe,,


(ni la my sister ^_^ )
gambo ko nie x nak menegak sis oi,, puas aku tegak kan die,, xtegak2 jugak,, die macm ko,senget,, hahha,, :P


(HAPPY BIRTHDAY GURLZ ^_^)


BeRgOmBiRo sAkAn yE ! ! ^_^

ASSALAMMUALAIKUM
hye semua,, ape khabar anda2 semua? diharap sihat2 sejahtera seperti HB nie ok,, hihi..
ermm,, walaupon mase da berlalu dengan pntasnya,, HB tetap nk meng "update" blog HB nie,,

beberapa minggu yg lepas, HB bersama BFF pergi ke putrajaya sebab nk temankan c wiewie mengambil IC nya yg sudah siap di putrajaya tu,, actually, HB x nk ikot pon, tp disebabkan kelas MAKRO di batalkan pada hari tu, HB pon mengubah fikiran dengan pantasnya untuk folow c wiewie pergi putrajaya.. (memg suka folow2 org nie) hehehe,, kiteorg pergi berempat ke putrajaya tu iaitu wiewie, rita, yati, n HB sendiri serta pakcik sharum.. sape tu?? ha, tu la driver kolej kiteorg ok... 

dari kolej kiteorg tu untuk menuju ke putrajaya mengambil mase dalam 1 jam lebih kot,,,hehehe,, HB  x tgk jam pon,, sadar2 je da sampai...bila da sampai kat situ, kiteorg pon ape lagi,, terus la g ambil IC si wiewie ni...
setelah selesai semua urusan, kiteorg pon singgah di MASJID kat putrajaya untuk menunaikan solat zohor... first time kot HB solat di situ,, agak jakun la sikit dengan ukiran yg ade di MASJID tersebut.. maklum la,, org x penah pergi putrajaya kan,, hihi,, HB rase tenang je berada dalam MASJID tersebut dengan keindahan ukiranya itu,, yg lebih menjakun kan HB adalah, MASJID tersebut dikelillingi air.. wah! cantik gile la,,, :)

ok, setelah selesai solat, kiteorg pon keluar untuk melihat pemadangan di kawasan MASJID tersebut,, memg indah skali ok kawan2... dengan keindahan yg ade tu, HB dengan kawan2 tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi kan diri ini sebagai "model" hehehe,,, (korang memg suke ek pozing2 nie) hahaha,,
pakcik sharum pon macm tau2 je kiteorg nie kaki bergambar,, so, die yg bagi kiteorg take time tok snap2 gambar.. tankz pakcik coz melihat aksi gile kiteorg nie yg suke berpozing sakan,,terutama si WIEWIE, YATI and RITA (HB rilex2 jep) hahahaha,,,


(kami BFF)
^_^


(HB and WIEWIE)


(YATI, RITA and HB)


(HB and RITA)


(HB and YATI)


( tuuuu diaa HB ^_^ )



GoNg Xi fA CaI

ASSALAMMUALAIKUM.... hye u ols,, lame kot HB x meng"update" blog nie,, maklum la,, HB bz dengan study kot.. (amboi,, siap ade "kot" lagi) nmpak benor nipunye,, hehehe,, :P

ok2,, sempena HB da ade mase untuk meng "update" blog nie,, HB nak memberikn ucapan "SELAMAT TAHUN BARU CINA " kepda rakan2 yg berbangsa cina terutama skali kawan2 kolej HB iaitu TEO, TAN, WONG, BONG, LOH dan ramai lagi.. 

sempana perayaan tahun baru cina ini, HB harap kawan2 HB yg berbangsa cina dapat meraikan perayaan ini dengan gembira skali,, x lupe juga, sekiranya nya kawan2 HB yg dapat "angpau" sila la ringan2 kan tangan anda untuk berkongsi dengan HB sikit.. hehehe,, (nk jugak tu HB nie kan) hahaha...

akhir kata dari HB 
" GONG XI FA CAI " 
^_^



 ( TEO, TAN AND WONG, jgn lupe bawa balik limau bnyk2 ok )