BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 10 July 2014

~ThRoWbAcK~

Assalammualaikum
setelah sekian lama aku menyepi
hari ini baru terbuka hati untuk berbicara didalam entri ini
banyak cerita yang hendak aku kongsi
tapi semuanya aku pendam dalam hati

hari ini aku ingin bercerita tentang hati
beberapa hari lepas, aku terbaca perbualan lama antara aku dan si dia.
entah kenapa hati rasa sayu gila.
rindu gila kisah-kisah lama.
aku gagahkan diri untuk text dia.
ternyata dia dah pun berbahagia bersama pasangan baru nya.
aku mula tersentap dan tertanya-tanya.
'dah kenapa dengan diri aku sebenarnya?'
dulu orang sayang kat kita tapi aku hanya mampu buat bodoh saja.
sekarang baru nak merana.
menyesal tak sudah jawapannya.

ya! sampai sekarang aku menyesal tak terkata.
fikiran boleh terima yang jodoh aku dan dia sudah tiada.
tapi hati tak pernah untuk terima.
puas aku memujuk hati untuk melupakan si dia.
mungkin ini balasan untuk aku yang buat dia dahulu kala.

ya! dulu aku tak mengenal apa itu cinta.
semakin hari, semakin aku dewasa untuk mengenal apa itu cinta.
tapi ternyata sudah lambat untuk aku mengatakannya pada si dia.
dulu aku lalai dengan kawan semata-mata.

Tuhan, aku rindu dia.
aku rindu segala-galanya tentang dia.
tentang senyuman dia.
tentang kasih sayang dia.
tentang nasihat dia.
tentang CINTA dia.

aku tahu ini balasan yang harus aku terima.
aku dah penat untuk memikirkan nya.
Tuhan, kau lenyapkan lah segala-galanya tentang dia.


sekian sahaja